HomeBeritaViral'Medical card' tak cukup premium, lelaki kesal pihak hospital beri layanan buruk

‘Medical card’ tak cukup premium, lelaki kesal pihak hospital beri layanan buruk

CYBERJAYA: Gara-gara kad perubatan tidak cukup mahal, seorang lelaki mendakwa diberi layanan teruk semasa membawa isterinya ke sebuah hospital swasta di Ampang.

Menerusi perkongsian TikTok farqhan.com, ketika berada di bahagian pendaftaran, dia tidak dimaklumkan bahawa hospital tersebut kekurangan katil dan staf terus membawa isterinya berjumpa dengan doktor.

“Abang sampai hospital lebih kurang pukul 9 malam, datang ke kecemasan bawa isteri abang ke pendaftaran kecemasan. 

“Pihak hospital tak inform pon sama ada katil penuh atau tidak, dia tak bagi tahu apa-apa lepas itu dia suruh jumpa doktor,” katanya.

Sementara itu, pihak pendaftaran memaklumkan kad perubatan itu hanya boleh digunakan untuk bilik yang mempunyai empat katil berharga RM150.

“Diorang cakap, isteri encik ada medical card ni katil yang dia dapat naik adalah four bedded yang RM150.

“Katil four bedded kami semua penuh yang tinggal hanyalah katil yang berharga RM650 tingkat 10 (ward premium).

“So selebihnya encik kena tambahlah kalau taknak encik boleh discharge dahulu tunggu katil kosong nanti,” jelasnya.

Farqhan diberi pilihan sama ada ingin menggunakan katil premium atau mendaftar keluar sementara menunggu kekosongan katil.

Namun, jika Farqhanmemilih untuk daftar keluar, dia juga perlu membayar sebanyak RM600 lebih.

Bagaimanapun, Farqhan bertegas untuk tinggal di situ demi kesihatan isterinya.

“Staf dan Medical Officer (MO) suruh discharge. Dalam surat discharge ada bahagian discharge at own risk.

“Apa-apa jadi hospital tak bertanggungjawab, korang bayangkan tengah malam suruh patient blah, alasan bed murah tak ada, bed mahal je ada,” luahnya kesal.

Tidak berakhir di situ, sementara Farqhan pulang ke rumah untuk membersihkan diri, isterinya menelefon memberitahu dia telah dihalau keluar oleh staf pusat rawatan terbabit.

Dengan penuh kekesalan, Farqhan terpaksa mendaftar keluar dengan segera dan perlu membayar sekitar RM705 tidak dicampur dengan bil yang lain.

Mengakhiri video, lelaki tersebut menyarankan orang ramai untuk mengambil pakej kad perubatan yang lebih mahal bagi mengelakkan isu seperti itu berulang kembali.

Author

Pilihan Editor