HomePendidikanMurid biadab! Netizen mahu UPSR dikembalikan semula

Murid biadab! Netizen mahu UPSR dikembalikan semula

CYBERJAYA: Sikap anak muda yang masih di bangku persekolahan semakin hari dilihat semakin menjadi-jadi.

Perkara itu berikutan sebilangan daripada anak kecil ini disifatkan biadab bukan sahaja dengar guru malah ketika berbicara dengan ibu bapa mereka.

Tambah membimbangkan apabila ada yang menjawab soalan peperiksaan dengan jawapan mengarut dek kerana terpengaruh dengan kandungan di media sosial masa kini.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook dikenali Raja Shamri menyatakan cadangannya supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah dimansuhkan dikembalikan semula.

Malah, rata-rata warga net yang membaca hantaran cadangan lelaki terbabit turut menyokong perkara itu dilaksankan semula.

Menjengah di ruangan komen, ada yang bersetuju kerana berpendapat anak muda masa kini akan lebih progresif apabila wujudnya UPSR.

“Bila kita kata bagus akan ada yang kata tak bagus… cumanya bila ada peperiksaan kertas yang sama satu negara, murid-murid akan lebih berusaha untuk bersaing. Otak akan mula berfikir mencari jawapan, itu pendapat saya,” komen Roha Zul.

“Pelajar akan lebih fokus…untuk mencapai halatuju/target masing-masing,” tulis Norihan MShah.

“Kita mesti bangkit kembalikan UPSR! Baru pelajar ada lebih matlamat,” kata Faiz Deraman di ruangan komen itu.

Author

Pilihan Editor