HomeTeknologiPengguna WhatsApp kini boleh hantar foto, video HD

Pengguna WhatsApp kini boleh hantar foto, video HD

WHATSAPP akhirnya mengejar aplikasi pemesejan lain dengan menambah keupayaan untuk pengguna menghantar foto dan video dalam definisi tinggi (HD).

Kebanyakan pengguna aplikasi itu menyedari bahawa apabila mereka menghantar foto atau video, WhatsApp akan memampatkannya dengan banyak untuk mengecilkan saiz dan menjimatkan ruang.

Dengan kemas kini baharu, anda akan melihat butang “HD” di atas apabila anda menghantar gambar atau video, dan apabila anda menekan butang itu, akan timbul menu yang memberi anda pilihan untuk menghantarnya dalam kualiti standard atau kualiti HD.

Walaupun resolusi HD pastinya lebih tinggi daripada standard, kemungkinan besar ia masih dimampatkan kerana didapati foto HD semuanya diseragamkan pada resolusi 2560×1920. Manakala untuk video HD pula ia diseragamkan pada resolusi 1280×960.

WhatsApp menyatakan bahawa jika anda menjadi  penerima foto atau video HD dan anda mempunyai sambungan lebar jalur yang rendah, anda boleh memilih sama ada anda mahu mengekalkan versi standard atau “menaik taraf”nya kepada definisi tinggi.

WhatsApp juga menjamin tidak kira sama ada kandungan dihantar dalam HD atau kualiti standard, ia akan tetap dipersulit sepenuhnya.

Ciri baharu ini tersedia secara global dalam beberapa minggu akan datang.

Author

Pilihan Editor