CYBERJAYA: Pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Raffi berkata, dia bercadang untuk bertemu dengan Anwar yang dijadual akan terbang ke Jakarta tidak lama lagi.
“Assalammualaikum, nama saya Raffi Ahmad. Assalammualaikum Pak Anwar, apa khabar Malaysia Madani?
“Saya sebetulnya tak sabar ingin bertemu dengan Perdana Menteri di majlis Temu Anwar di Jakarta.
“Sampai ketemu Insya-Allah 5 September 2023 di Jakarta. Sampai jumpa,” katanya seperti dilapor portal Gempak.
Bagaimanapun, Raffi tidak membutirkan alasan mengapa dia ingin bertemu dengan Anwar.