HomeBeritaSultan Johor titah lebih banyak masa diberi kepada Anwar bangunkan ekonomi

Sultan Johor titah lebih banyak masa diberi kepada Anwar bangunkan ekonomi

CYBERJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya lebih banyak masa diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara.

Memetik laporan The Star, Sultan Ibrahim bertitah, ia berikutan masalah krisis kewangan yang didepani oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ketika ini amat mencabar.

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Beta percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah baginda pada Sabtu.

Selain itu, baginda turut menzahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada tahun ini berjaya membawa banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Delegasi lawatan yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April itu menyaksikan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China.

Dalam perkembangan sama, Johor mendapat sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion daripada syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda mempunyai hubungan baik dengan Anwar dan kedua-duanya sering membincangkan tentang pasaran serta isu semasa.

Mengakui mahu lebih banyak pembangunan untuk Johor, Sultan Ibrahim bertitah Malaysia mesti memiliki keperluan visa mesra pelabur dan praktikal.

Memetik program Malaysia Rumah Keduaku, baginda turut menyuarakan kebimbangannya baru-baru ini kepada menteri berkaitan bahawa dasar tidak mesra semasa mesti diperbaiki.

Author

Pilihan Editor