HomeBeritaViral‘Tak perlu perbesarkan isu rumah tangga saya’ - Abang Tesla

‘Tak perlu perbesarkan isu rumah tangga saya’ – Abang Tesla

CYBERJAYA: Pencipta kandungan TikTok dikenali Abang Tesla menafikan dakwaan netizen yang beranggapan dia berkahwin dua disebabkan masalah zuriat.

Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry berkata, seharusnya orang awam tidak perlu mengetahui lagi isu berkaitan hal rumah tangganya.

“Sebab apa berkahwin lain ini saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga iaitu keluarga, hati isteri saya, hati pihak di sebelah sana. Tapi apa yang penting adalah ke arah kebaikan.

“Kalau nak cakap cerita mengenai anak sebenarnya tak, sebab kita pun sudah melakukan rawatan persenyawaan In Vitro (IVF) dan isteri saya pun pernah mengandung cuma tak ada rezeki.

“Jadi pada saya isu dalaman rumah tangga itu tak perlu diceritakan. Sebab lagi banyak dikongsi lagi banyak aib dibuka.

“Jadi lebih baik jaga diri masing-masing dan sihatkan minda anda,” katanya seperti dilapor portal hiburan, Gempak.

Dalam pada itu, Abang Tesla turut memohon netizen supaya berhenti membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat dia sekeluarga.

“Jangan komen bukan-bukan sebab kita tidak tahu kalau benda ni akan berbalik pada diri, keluarga kita macam mana?

“Jadi doakan yang baik-baik sebab kami pun alhamdulillah bahagia. Insya-Allah kami akan bahagia sampai bila-bila.

“Doakan yang terbaik, itu sahaja yang kami minta,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Tesla menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.

Rata-rata warga maya khususnya dalam kalangan wanita berasa geram akan tindakannya itu, dan tidak ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.

Author

Pilihan Editor