CYBERJAYA: Bapa pelakon Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia pada malam Khamis.
Pemergian Abdul Rahman dimaklumkan sendiri oleh Anna melalui Instagram Stories miliknya pada Jumaat.
“My dad, Abdul Rahman Jobling bin Abdullah telah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi.
“Anna mohon jasa baik anda semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah,” tulisnya.
Bercerita lanjut mengenai keperibadian ayahnya, pelakon drama Melur Untuk Firdaus memberitahu arwah merupakan ayah yang hebat.
“He was an amazing father that support me through everything,” luahnya.