HomeBeritaViral'Cantik & menyelerakan!' - Wanita kongsi idea bekal makanan untuk anak-anak

‘Cantik & menyelerakan!’ – Wanita kongsi idea bekal makanan untuk anak-anak

SETIAP ibu pasti mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya baik dari segi pelajaran mahupun kesihatan.

Justeru, tidak hairanlah jika dilihat sebilangan ibu terutamanya mereka yang bergelar suri rumah gigih bangun awal pagi menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak.

Dalam berjimat, kaedah membawa bekal itu turut membuatkan si anak lebih berselera kerana dapat menikmati masakan daripada air tangan ibunya sendiri.

Bercerita tentang bekalan makanan, baru-baru ini tular foto beberapa bekalan makanan yang disusun rapi dan cantik oleh seorang wanita untuk anak-anaknya.

Perkongsian wanita dikenali Atiqah Sulaiman di Facebook itu nyata membuatkan rata-rata warga net berasa seronok dan berselera.

“Bekal anak-anak ke sekolah. Alhamdulillah, seronok tengok air tangan kita sendiri bekal untuk anak-anak kan.

“Setiap hari licin ye bekal anak-anak, kena rembat dgn kawan-kawan tu biasa, tapi selalu anak suka share dengan kawan-kawan walaupun berebut, tapi depa seronok,” kongsinya.

Sebahagian foto yang dikongsi untuk dijadikan inspirasi buat ibu bapa di luar sana

Atiqah turut berharap dengan perkongsian foto-foto penyediaan bekalan buat anak-anaknya itu turut memberi inspirasi buat para ibu diluar sana.

“Salute untuk ibu yang rajin macam ni,” puji netizen.

“Kalau macam ni memang excited la anak-anak tunggu waktu makan sebab tak sabar nak tengok maknya bekalkan apa rini! Nampak sedap semuanya,” tulis seorang lagi warga net.

Author

Pilihan Editor