HomeNiagaCHAGEE Malaysia terima sijil halal, pelbagai hadiah menanti pelanggan

CHAGEE Malaysia terima sijil halal, pelbagai hadiah menanti pelanggan

PETALING JAYA: Berita baik buat para peminat tegar teh, apabila anda kini boleh mempelbagaikan rasa minuman tersebut tanpa rasa ragu menerusi jenama CHAGEE Malaysia.

Jenama teh premium itu pada Isnin mengumumkan penerimaan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk lima cawangannya, manakala 30 lagi cawangan bakal menerima sijil sama menjelang tahun ini.

Timbalan Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Ng Jia Jun berkata, pengiktirafan sijil halal itu akan membenarkan penggemar teh menikmati teh jenama tersebut dengan penuh yakin dan tanpa was-was, terutamanya masyarakat Islam yang merupakan populasi terbesar di negara ini.

“Sama ada anda menikmati adunan teh susu segar klasik atau mencuba teh buah-buahan hasil ciptaan inovatif kami, anda diberi jaminan bahawa setiap cawan teh CHAGEE memenuhi piawaian halal yang tertinggi dan juga piawaian operasi dan keselamatan makanan.

“Kami bertekad bukan sahaja untuk menawarkan perisa teh yang unik, tetapi juga memberi ketenangan fikiran kepada semua penggemar teh yang memilih untuk menjadikan CHAGEE sebahagian daripada gaya hidup harian mereka.

“Pensijilan halal memberikan kami dorongan padu, bukan sahaja untuk meluaskan rangkaian kami di Malaysia, tetapi juga terus mempelopori inovasi minuman kami untuk memenuhi keperluan pelbagai masyarakat di negara ini, ” katanya berucap pada Majlis Pengumuman Sijil Halal CHAGEE Malaysia, di pusat beli-belah Sunway Pyramid, di sini pada Isnin.

Pada majlis sama, Penolong Pengarah Kanan Jakim, Mohd Shahril Abd Samat berbesar hati menyampaikan sijil halal kepada CHAGEE Malaysia.

Untuk meraikan penerimaan sijil halal serta para pelanggan, CHAGEE membawakan kembali kempen popularnya, iaitu Big Big News, Big Big Tear & Win! pada 7 Oktober depan.

Pelanggan Chagee berpeluang merebut hadiah menarik termasuk beg Dior Saddle Pouch, pemegang kad Gucci, gincu YSL, losyen L’Occitane, beg beli-belah dUCK, teh susu CHAGEE dan banyak lagi.

Orang ramai hanya perlu membuat pembelian teh susu Oolong Pic Putih, teh susu hijau jasmin atau teh susu Da Hong Pao bersaiz besar 700 milimeter (ml), manakala minuman mereka akan dinaiktaraf secara automatik kepada saiz Big Big Cup.


Pembelian teh susu terpilih bersaiz 700 ml (kanan) akan dinaiktaraf kepada saiz Big Big Cup (tengah).

Pelanggan hanya perlu membuka bahagian bawah cawan untuk mendedahkan hadiah istimewa yang dimenangi mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari www.chagee.com.my.

Dengan peningkatan keyakinan pelanggan menerusi sijil halal Jakim, di samping prospek pasaran cerah dan trend minum teh yang semakin berkembang, CHAGEE berhasrat meluaskan cawangan daripada 70 sedia ada kepada 300 di seluruh Malaysia menjelang akhir 2025.

Setakat ini, CHAGEE telah menjual lebih daripada 10,000,000 cawan teh di negara ini dan akan meneruskan trend tersebut menerusi rancangan perluasan bagi mencapai lebih ramai pelanggan.

Untuk rekod, jenama itu telah diperluas di seluruh ceruk rantau, dengan tapak yang kukuh di Asia Pasifik termasuk Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Author

Pilihan Editor