HomeGlobalChina haram penjawat awam guna iPhone

China haram penjawat awam guna iPhone

DALAM sibuk dunia berdiskusi tentang kemunculan produk terbaharu Apple iaitu siri iPhone 15, negara China pula tegas mengharamkan penggunaan telefon pintar itu dalam kalangan penjawat awam.

Lapor WSJ, bukan iPhone saya yang diharamkan malah peranti keluaran negara luar juga dilarang di bawa masuk ke dalam pejabat mereka bertugas.

Sekatan itu seolah-olah tindak balas China terhadap negara Barat yang mengharamkan pemasangan aplikasi TikTok pada peranti pintar yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam.

Laporan sama turut menyatakan inisiatif itu adalah sebahagian usaha China dalam mengurangkan pergantungan kepada teknologi dari luar.

Untuk rekod, perang dingin yang tercetus antara China dan Amerika Syarikat mengakibatkan Huawei kehilangan kontrak 5G sehingga kelengkapan mereka diharamkan di beberapa negara EU.

Author

Pilihan Editor