CYBERJAYA: Syarikat pengeluaran iPhone, Apple kini memperkenalkan beberapa peranti baharu termasuklah iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.
Menurut Apple, kesemua model ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 29 September 2023.
Malah, para pengguna juga boleh melakukan pra-tempahan, iaitu seminggu sebelum penawaran produk berkenaan, lapor portal Amanz.
Difahamkan, bagi siri iPhone 15 ini, kesemua model kini hadir dengan Dynamic Island – iaitu ruangan berbentuk “pil” pada skrin hadapan yang turut boleh disesuaikan bersama animasi notifikasi.
Selain itu, model berkenaan menggunakan USB-C yang menggantikan penggunaan Lightning sebelum ini.
Ia sekaligus menyeragamkan penggunaan kabel pengecas antara peranti Apple – dari iPhone, MacBook dan kini pada iPhone.
Sementara itu, siri iPhone 15 Pro pula hadir dengan cip Apple 17 Pro, selain turut dilengkapi dengan binaan berasaskan Titanium, selain hadir dengan sebuah butang baharu ditepi, dinamakan Action Button.
Di Malaysia, iPhone 15 ditawarkan pada harga bermula RM4399, iPhone 15 Plus pada harga bermula RM4899, iPhone 15 Pro pada harga bermula RM5499 dan juga iPhone 15 Pro Max pada harga bermula RM6499.