TEKNOLOGI yang semakin berkembang pesat mengikut peredaran zaman nyata membuatkan bermacam jenis alat dan aplikasi dibangunkan demi memudahkan hidup manusia.
Terbaharu, sebuah televisyen pintar direka khas untuk digunakan oleh haiwan iaitu anjing peliharaan dan dikenali sebagai ‘Dogsplay.
Berdasarkan kenyataan pereka Dogsplay, peranti berkenaan dicipta bagi memastikan anjing peliharaan tidak kebosanan sewaktu tinggal berseorangan di rumah, lapor portal Amanz.
Difahamkan, Dogsplay turut dilengkapi skrin FHD dengan pelbagai perkhidmatan penstriman disokong seperti Netflix dan YouTube.
Pada masa sama, pemilik mempunyai akses untuk mengawal kandungan video yang ditonton oleh anjing peliharaan di rumah.
Malah, sebuah kamera web turut disertakan bagi membolehkan pemilik menghubungi anjing menggunakan aplikasi telesidang.
Skrin tidak akan terpasang sepanjang masa tetapi hanya diaktifkan apabila mengesan kehadiran anjing bagi menjimatkan penggunaan kuasa elektrik.
Dogsplay mempunyai kaki tahan lasak untuk mengelakkan ia terjatuh dengan mudah dan boleh ditinggikan untuk baka anjing lebih besar.
Kesemua kabel disorokkan bagi mengelakkan isu wayar berselirat dan terdapat alat kawalan jauh yang boleh diletakkan pada bahagian belakang Dosplay.
Bagaimanapun, setakat ini Dogsplay hanya dikeluarkan untuk versi anjing namun dalam perancangan pengeluaran versi kucing.
Bagi yang berminat Dogsplay sedang mengumpul dana menerusi laman biayasiswa pada harga $499 (~RM2322) sebuah.