HomeBeritaDua rentung kereta bertembung lori kontena awal pagi tadi

Dua rentung kereta bertembung lori kontena awal pagi tadi

GOMBAK: Dua mangsa rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.53 pagi.

“Sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda City terbakar 70 peratus, manakala sebuah lori kontena juga terbakar sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan selepas kemalangan itu dan berjaya menyelamatkan diri. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor