HomeHiburanFarid, Diana bagi 'hint' rujuk semula?

Farid, Diana bagi ‘hint’ rujuk semula?

CYBERJAYA: Perkongsian video tular seakan-akan memberi gambaran bahawa pelakon Farid Kamil dan bekas isterinya Diana Danielle kini dalam proses rujuk semula.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik menerusi TikTok Budiey Channel memaparkan Farid dan Diana duduk bersebelahan dalam sebuah temu bual.

“Walaupun ia satu musibah, dia sebenarnya kalau dilihat, ia merupakan satu nikmat juga,” kata Farid dalam video tersebut.

Malah, Farid Kamil, 42 turut memuat naik video bekas isterinya sedang ditemu bual berserta dengan emoji lelaki yang dipenuhi bentuk ‘love’ seperti sedang dilamun cinta.

Sementara itu, menerusi video lain, Diana Danielle, 32, berkata, dia sanggup melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarganya.

I do things for the best of my family and my life and saya berpaksikan benda tu je.

“Apa yang orang nak tulis adalah as a result of consequence of keputusan kami kalau kami tak mampu untuk hadapi benda tu dan kita takkan buat keputusan tu 

“For me I’m a person who normally takes risks and I’m okay with people not agreeing with me,” ujar Diana.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan pasangan selebriti itu rujuk semula sebagai suami isteri.

“Kalau tengok story IG Diana memang paling latest ni, Alhamdulillah jodoh masih panjang,” luah netizen.

“Diana Danielle memang sayang lagi tu dekat Farid Kamil, Alhamdulillah turunkan ego masing-masing. Masih berjodoh,” komen warga net.

Saw them just now at Datum Jelatek. Nampak happy, jalan gelak-gelak while holding hands. Hopefully Farid Kamil mampu berubah,” kongsi netizen.

Bagaimanapun, setakat ini, pasangan itu masih belum mengesahkan spekulasi membabitkan mereka itu.

Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Author

Pilihan Editor