BUNGA Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia dilaporkan semakin diancam kepupusan.
Kajian dilakukan oleh sekumpulan saintis termasuk dari Botanic Garden University of Oxford Botanic Garden mendapati sebanyak 25 daripada 42 spesis atau 60 peratus daripadanya kini menghadapi risiko kepupusan yang teruk, 15 dalam bahaya kepupusan dan dua lagi terdedah kepada kepupusan.
Malah, hanya satu spesis sahaja iaitu Rafllesia magnifica dimasukkan ke dalam senarai merah Union for Conservation of Nature (IUCN), lapor Amanz memetik Phys.
Untuk pengetahuan, bunga Rafflesia hanya ditemukan di Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina dan Thailand dengan ia mempunyai reputasi sebagai bunga yang mempunyai bau busuk seperti tubuh manusia yang reput.
Susulan ancaman kepupusan itu, para saintis kini menyarankan kesemua 42 spesis bunga Pakma dimasukkan ke dalam senarai merah IUCN.
Pada masa sama, pihak berkuasa di negara-negara yang mempunyai bunga itu turut disarankan untuk memelihara habitatnya yang semakin terancam diakibatkan oleh penebangan hutan.
Usaha untuk membiak bunga Paksa di luar habitat mereka juga perlu dilakukan sebelum terlambat.