HomeBeritaViral'Hidup makin keras' - Lelaki ini dikecam lepas beli 10 peket sos...

‘Hidup makin keras’ – Lelaki ini dikecam lepas beli 10 peket sos cili

CYBERJAYA: Seorang individu menerima kecaman netizen selepas memuat naik gambar 10 peket sos berserta resit pembelian di sebuah restoran makanan segera terkenal baru-baru ini.

Menurut individu terbabit, dia tidak berpuas hati kerana disuruh membayar harga 10 peket sos cili yang berharga RM10.60.

“Hidup makin keras! Nak minta sos lebih di McD pun kena cas dah. Done 10 peket sos cili RM10.60.

“Tahniah McDonald’s kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulisnya.

Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada warga net yang rata-ratanya mengkritik individu itu.

Damn. Tak tahu mana satu yg pekat. Sos mcd yg pekat atau bodoh kau yg pekat. Hmmm teruskan kayuh,” selar netizen

“Hang pi sana tak beli apa-apa pastu meroyan kata kena caj sebab minta sos je. Memang lah kena caj sebab hang tak keluar duit apa-apa beli kat situ! Lenkali jangan jadi bebal sangat kaitkan dgn beras,” komen netizen

“nampaknya U tak berapa bijak mat dah tau kena bayar baik U beli sos cili dekat kedai 1 botol tak sampai rm10,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor