HomeBeritaPolitikHimpunan Aman untuk pastikan kerajaan tebuk atap berulang - Puad Zarkashi

Himpunan Aman untuk pastikan kerajaan tebuk atap berulang – Puad Zarkashi

CYBERJAYA: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengganggap Perikatan Nasional (PN) mahu konflik dalam negara terus berlaku apabila bertindak menggerakkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ pada Sabtu ini.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, PN juga seolah-olah tidak mahu kerajaan ketika ini menjadi stabil, dengan tujuan memastikan agar mereka kembali menjadi kerajaan tepuk atap atau bukan secara demokrasi.

“Menunggu PRU (Pilihan Raya Umum) empat tahun lagi terlalu lama. Pemimpin PAS seronok duduk dalam kerajaan pusat dan jadi menteri. Sebab itu demo ini inisiatif PAS,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Tangkap layar hantaran Mohd Puad di Facebook.

Sebelum ini, Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kempen itu digerakkan pihaknya susulan keputusan melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Katanya, himpunan itu turut memfokuskan isu badan kehakiman serta sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing.

Himpunan itu akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, di ibu negara.

Poster Himpunan Selamatkan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Puad menyarankan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan himpunan tersebut berlangsung sama ada di Padang Merbok atau Stadium Titiwangsa di ibu negara.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut seterusnya tidak akan menganggu lalu lintas dan orang awam

“Tetapi PN mahu demo yang panas dan kecoh. Sebab itu mesti buat di Kampung Baru. PN tidak mahu demonstrasi syok sendiri,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor