HomeHiburanIbu Adi Putra meninggal dunia

Ibu Adi Putra meninggal dunia

IBU pelakon popular Datuk Adi Putra, Noor Banoo Khan Mohd meninggal dunia jam 11.15 pagi tadi di sebuah hospital di Singapura.

Adi menerusi Instagram memaklumkan jenazah ibunya akan dikebumikan selepas Asar di Pusara Aman Singapura.

“Assalamualaikum wrbt, dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Bte Khan Mohd telah pulang ke rahmatullah jam 11.15 pagi. 

“Jenazah bonda saya akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas asar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau mengucapkan terima kasih kepada warga net yang mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hospital.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” luahnya.

Pada Selasa lalu, Adi yang berada di Makkah berkata dia menerima khabar sedih ibunya berada dalam keadaan kritikal di Singapura.

Dalam hantaran berkenaan, Adi turut memohon doa daripada orang ramai agar urusan prosedur jantung ibunya dipermudahkan.

“Hampir dua bulan di Tanah Suci di Arab Saudi. Mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya.

“Mohon didoakan buat ibu saya. Terima kasih, 12 September 2023,” tulisnya

Author

Pilihan Editor