HomeBeritaViralIbu sanggup jual gelang emas untuk belikan anak laptop, penjual cadang 'join'...

Ibu sanggup jual gelang emas untuk belikan anak laptop, penjual cadang ‘join’ kutu laptop

CYBERJAYA: Pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan seutas gelang demi membeli laptop untuk anaknya meruntun hati netizen.

Menerusi perkongsian TikTok Nor Asiah Kamis, wanita itu berhajat untuk membelikan anaknya laptop namun, dia tidak mempunyai wang yang cukup dan kerana itulah dia ingin mencagarkan gelang emasnya.

“Makcik mai kedai ni nak tengok bayaran dia lagu mana (macam mana).

“Kalau cukup duit nak beli dengan cash lah kita kata. Makcik nak bagi gelang lah kat cik.

“Gelang ni pakcik lah beli hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang lah,” luahnya sedih.

Lebih terharu, si ibu berkata, dia tidak kisah berkorban semata-mata ingin melihat anaknya dapat menyambung pelajaran.

“Dia (anak) yang penting, dia nakpi belajar dah. Biarlah kita berkorban nanti ada duit kita beli lain kan,” katanya.

Sementara itu, penjual itu menyarankan untuk wanita itu menyertai kaedah skim kutu dengan bayaran ansuran mengikut kemampuan wanita itu.

“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak gaduhlah (payah). Simpanlah kot ada benda lebih penting nak beli.

“Saya rasa makcik join kutu lah. Kami ada buat kutu gajet juga, telefon, laptop apa lah.

“Kalau makcik nak bayar bulan bolehlah main kutu.

“Main kutu senanglah sikit, sebab makcik tak perlu keluar duit seketul, makcik bayar bulan-bulan,” jelas penjual itu.

Wanita itu bersetuju dan menyatakan dia hanya mampu memberikan RM200 setiap bulan kerana cuma dia seorang yang mampu bekerja kerana kesihatan suaminya masih tidak mengizinkan.

Kisah wanita ini bagaimanapun berjaya mendapat perhatian warga net yang rata-ratanya ingin memberikan sedikit bantuan untuk meringankan beban ibu tersebut.

Bagaimanapun, penjual itu menyatakan seorang individu sudah membantu wanita itu mendapatkan laptop untuk anaknya.

Author

Pilihan Editor