HomeGlobalIsrael sekali lagi bom Semenanjung Gaza

Israel sekali lagi bom Semenanjung Gaza

KESENGSARAAN rakyat Palestin susulan kekejaman negara penjajah Israel seperti tiada kesudahan.

Ahad lalu, jet rejim pengganas Israel bertindak mengebom tapak pemerhatian di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut, kata sumber keselamatan Palestin.

Jumlah rakyat Palestin yang cedera atau maut masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Sementara itu, Israel mendakwa, serangan udara itu dibuat sebagai tindak balas ke atas rakyat Palestin yang melakukan protes penghalang pemisah antara Israel dan Gaza, selain alasan pelancaran belon api pembakar ke arah penempatan negara haram itu.

Pada masa sama, penunjuk perasaan Palestin bertindak membaling batu ke arah rejim Zionis yang berada di dalam kenderaan, lapor Middle East Monitor.

Rakyat Palestin mengadakan bantahan untuk hari kesembilan pada Ahad di beberapa tapak di sepanjang penghalang pemisah antara Israel dan Gaza.

Menurut penduduk Gaza, bantahan itu dibuat atas pelbagai isu, termasuk layanan terhadap tahanan Palestin di penjara Israel serta pencerobohan orang Yahudi ke atas pekarangan Masjid al-Aqsa.

Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan 31 rakyat Palestin cedera ketika konfrontasi yang berlaku beberapa hari selepas seorang peserta maut ditembak oleh tentera pengganas.

 

Author

Pilihan Editor