HomeBeritaViralIsteri boleh lapor perosak rumah tangga di Jabatan Agama Islam

Isteri boleh lapor perosak rumah tangga di Jabatan Agama Islam

TAHUKAH anda, terdapat undang-undang syariah bagi gangguan pihak ketiga dalam perkahwinan di mana kita boleh membuat aduan sekiranya menjadi mangsa.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi TikTok @kamiada_ berkongsi prosedur yang perlu dilakukan untuk membuat aduan gangguan pihak ketiga oleh mangsa.

Mengikut informasi yang dikongsikan, terdapat tiga prosedur utama yang perlu dilakukan oleh anda dalam proses memfailkan aduan.

Berikut adalah senarainya:

  1. Hadir ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama
  2. Jelaskan bentuk-bentuk gangguan yang dibuat oleh pihak ketiga dan bagaimana ia memberikan impak buruk kepada rumah tangga
  3. Kemukakan segala bukti, dokumen penting atau saksi yang boleh menyokong fakta aduan gangguan tersebut.
  4. Selepas aduan dibuat, pihak Jabatan Agama akan mengambil tindakan selanjutnya.

Menurut JAWI, perbuatan mengganggu rumah tangga orang lain dianggap sebagai suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman.

Jika disabitkan bersalah, pesalah boleh dikenakan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Author

Pilihan Editor