HomeBeritaViral'Kau hebat dik!' - Ibu pegang rotan teman anak joging bikin netizen...

‘Kau hebat dik!’ – Ibu pegang rotan teman anak joging bikin netizen kagum

SEMUA orang pasti mengidamkan tubuh badan yang sihat dan cergas namun bagi golongan yang berlebihan berat badan pasti sukar untuk mencapai impian itu kerana perlukan disiplin yang tinggi.

Baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak lelaki berbadan gempal sedang berjoging di tepi jalan raya dengan ditemani ibunya yang menunggang motosikal.

Menariknya, video yang dimuat naik di TikTok Farhinjeffry itu turut melihatkan si ibu kepada kanak-kanak itu menunggang motosikal sambil memegang rotan.

https://www.tiktok.com/@farhinjeffry/video/7279850666313403650?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net kagum dengan tindakan si ibu yang dianggap ‘supporter‘ terbaik buat si anak untuk kekal sihat.

“Kau hebat dik sbb ada strong support dr ibu yg super hebat,” komen netizen.

“Itu alah coach yang terbaik dalam hati kita sebagai anak,” tulis seorang lagi warga net.

Old school style trainer, tapi percaya lah budak ni berjaya capai tujuannya,” kata netizen di ruangan komen video berkenaan.

Sometime you have to learn in a hard way in order to achieve something. One day you will definitely thank your mom for doin this,” pesan seorang lagi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor