CYBERJAYA: Kembara Kenali Borneo di Sarawak yang dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah nyata mendapat sambutan meriah.
Malah, hari demi hari ada sahaja perkara yang mencuit hati dirakam rakyat setempat dalam program berkenaan sebagai detik indah mereka.
Baru-baru ini, tular video seorang lelaki sempat menghadiakan makanan kepada Agong dan Raja Permaisuri di Niah, Sarawak.
Menerusi akaun TikTok @shhezwn, kelihatan seorang lelaki memegang bungkusan makanan segera, KFC lalu memberikannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya baginda menyerahkan kepada Raja Permaisuri Agong.
@shhezwn #kembarakenaliborneo #fyp #kfc #niah #sarawak #agongkita #malaysiatiktok
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan kakitangan KFC yang turut terletak berdekatan dengan kawasan yang dilalui kenderaan Baginda dan Raja Permaisuri.
“Jom belanja Agong KFC di Niah, Sarawak. Tuanku ucap terima kasih,” tulisnya dalam video berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji lelaki tersebut yang disifatkan memahami kegemaran Baginda iaitu KFC.
“Fav tuanku. diorg mmg suka mkn KFC. klo di semenanjung diorg suka tu pegi KFC,” tulis netizen.
“Mesti Tuanku cakap huiina sudah 2 minggu beta ndak makan KFC,” komen seorang lagi pengguna TikTok.
“Ba Sabah meri duit, ba sarawak meli ke agong KFC HAHAHA,” seloroh warga net.