HomeBeritaViralNiat nak kongsi taktik 'salam kaut' terbaru tapi dikritik netizen pula

Niat nak kongsi taktik ‘salam kaut’ terbaru tapi dikritik netizen pula

CYBERJAYA: Gara-gara ingin berkongsi helah individu yang memberi wang palsu semasa ‘salam kaut’, seorang wanita menerima kritikan warga net.

Menerusi perkongsian video TikTok @jihaaaa98, dia terkejut selepas mengetahui rupa-rupanya dua keping wang kertas RM20 itu adalah lukisan tangan semata ketika mengira duit hasil pemberian orang ramai semasa mengadakan kenduri.

Pemilik video bagaimanapun merasakan situasi itu kelakar kerana masih ada yang sanggup berbuat demikian semata-mata mahu memberi duit salam kaut kepada tuan rumah.

“Duduk kira-kira duit orang salam kaut kenduri semalam tiba-tiba.

“Ada duit baru pula ke? Advance ya otak orang ni. Ingat ke salam tisu kosong, angpau kosong dah teruk dah, ada lagi teruk rupanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen netizen mengkritik niat pemilik video itu membuat kenduri semata-mata mengharapkan duit salam kaut.

“Betulkan balik niat kalau buat kenduri sebab nak mengharapkan duit salam kaut. Kita buat kenduri sebab nak bersedekah,” komen netizen.

“Sebenarnya kenduri nak jamu orang makan ke nak kutip duit dalam kaut? Kat kampung saya ada orang tu buat kenduri, awal-awal dah umum jangan bagi duit. Dia tak mahu,” kongsi warga net.

“Bila mengharapkan salam kaut ni lah jadinya. Ikhlas dan niat bersedekah la bila undang tetamu, Insha-Allah banyak kebaikannya,” luah netizen.

Malah, netizen turut berpendapat bahawa kemungkinan tetamu yang memberi wang palsu sedemikian kekurangan wang untuk diberikan semasa hadir ke majlis itu. 

Husband saya pernah kata, ada orang tak mampu tapi dia segan salam kosong, bukan niat dia nak memperdaya tapi cuma tak nak malu dan tak nak rasa down,” tulis netizen.

Komen netizen

Untuk pengetahuan, budaya salam kaut atau turut dipanggil ‘salam kukut’ merupakan tradisi masyarakat Melayu setiap kali mengadakan sesuatu majlis sebagai satu pemberian ikhlas berbentuk wang dari tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Author

Pilihan Editor