CYBERJAYA: Jenama telefon mudah alih, Nokia akan memperkenalkan peranti baharunya di India pada 6 September ini.
Menerusi perkongsian di Twitter rasmi Nokia Mobile India, syarikat berkenaan memuat naik sebuah video promosi yang memaparkan telefon pintar itu mendapat sokongan 5G.
Malah, turut dinyatakan peranti berkenaan memiliki kelajuan yang tinggi.
Bagaimanapun, masih tiada butiran lanjut yang dikongsi termasuklah mengenai rekabentuk, penjenamaan dan perkakasan dalaman peranti berkenaan.
Are you ready to experience speed with Nokia 5G smartphone? Stay tuned for the announcement on September 6, 2023.#Nokiaphone #5G #ComingSoon pic.twitter.com/XigoMvfxAW
— Nokia Mobile India (@NokiamobileIN) September 2, 2023