HomeBeritaMahkamah & JenayahPengetua, pembantu tadbir sekolah ditahan rasuah

Pengetua, pembantu tadbir sekolah ditahan rasuah

 

JOHOR BAHRU: Seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang selepas disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia 53 tahun dan suspek wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang, kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Kedua-dua ditahan selepas mereka hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM berkenaan.

Tambah sumber tersebut, mereka meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor pada Januari lalu.

“Wang tersebut dikatakan sebagai balasan setelah memberikan pelaksanaan projek penyelenggaraan pagar asrama sekolah berkenaan kepada syarikat milik kontraktor terbabit,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan kedua-dua suspek terbabit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” jelasnya.

Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.-Kosmo!

Author

Pilihan Editor