CYBERJAYA: Sikap terpuji seorang lelaki yang membantu menukar tayar kenderaan seorang lelaki tua berbangsa Cina di tepi jalan baru-baru ini, mendapat pujian orang warga net.
Video yang dikongsi oleh @jllmisai di aplikasi X melihatkan seorang lelaki warga emas sedang berusaha menukar tayar kereta di lorong kanan di sebuah jalan raya.
Menurut lelaki itu, dia terserempak dengan pakcik tersebut semasa dalam perjalanan pulang selepas menguruskan jenazah.
“Otw (On the way) balik, pelik apa yang jem sampai orang tukar lorong ke tengah.
“Aiyo ada kereta tayar pancit. Lorong kanan pulak tu.
“Tadi uncle letak kotak je belakang kereta. Memang bahaya tadi, kereta lain laju masa lalu tepi dia.
“So kita park van jenazah ketengah sikit takpe, jom kita tolong bagi cepat siap,” tulisnya dalam video itu.
Menurut lelaki yang juga pemandu van jenazah itu, dia berharap suatu hari nanti jika ada ahli keluarga nya yang menghadapi masalah akan ada orang baik hati datang untuk menghulurkan bantuan.
“Kita ni bila tengok uncle-uncle tukar tayar, teringat ayah kita.
“So kita bantu mudahkan urusan dia. Dengan harapan akan ada orang lain bantu ayah dan keluarga kita bila kena situasi macam ini,” katanya.
Lebih menarik perhatian, apabila uncle tersebut mengatakan bahawa dia tidak takut dengan van jenazah yang dibawa oleh lelaki itu kerena.
Uncle itu berkata, kenapa perlu takut sedangkan setiap manusia akan merasai mati.
Malah, kelihatan uncle turut mengambil gambar van jenazah itu untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada @jllmisai kerana berkongsi video yang boleh dijadikan inspirasi kepada orang ramai.
“Bangun pagi tengok video macam ni rasa positive betul. Sama-sama lah kita bantu membantu,” komen netizen.
“Aku respect betul manusia yang berhati baik ni tau,” luah pengguna aplikasi X.
“Part dia cakap nampak macam ayah-ayah kita je. Terus derai ahh, semoga dipermudahkan urusan semuanya dunia akhirat,” kongsi warga net.