CYBERJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tampil menjawab isu seorang penghantar makanan berjalan kaki selepas motosikalnya disita dalam satu sekatan jalan raya, baru-baru ini.
Video tular terbabit bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap tindakan JPJ tidak bertimbang rasa.
Menerusi perkongsian video grup Facebook Kementerian Netizen Malaysia, akaun rasmi JPJ telah meninggalkan komen mengenai sebab motosikal tersebut disita
JPJ memaklumkan motosikal milik rider itu disita atas sebab Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh serta tidak ditanggung pihak insuran.
“Merujuk pada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan insurance tiada.
“Oleh itu, JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan tiada insurance tersebut.
“Jika berlaku kemalangan rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak. Harap maklum,” tulisnya.

Sebelum ini, tular sebuah video di mana seorang rider penghantar makanan terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya disita selepas pemeriksaan sekatan jalan raya dibuat JPJ.
@racuninjekseng Orng nak cari rezeki pun susah sda sekarang 🤷🏻♂️ #jpj #polis #makanrasuah