HomeBeritaViral'Tak ada akidah punya soalan' - Guru kritik soalan Matematik budak darjah...

‘Tak ada akidah punya soalan’ – Guru kritik soalan Matematik budak darjah tiga tak masuk akal

CYBERJAYA: Seorang guru Matematik baru-baru ni mempersoal kerelevanan penggubal silibus subjek berkenaan yang dianggap tidak wajar dipelajari murid-murid tahap sekolah rendah.

Guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh menerusi Facebooknya, menyelar penggubal silibus berkenaan topik wang bagi murid tahun tiga yang dianggap melampau.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh guru berkenaan, soalan tersebut meminta murid menyatakan nilai mata wang di beberapa buah negara berbanding dengan RM1.

“Sat lagi nak masuk mengajar kelas tahun tiga, topik wang. Sebagai guru Matematik berdedikasi, aku selak la dulu buku nak bagi bersedia ajar lepas ni.

“Buka ja muka surat ni, markonah betul soalan pun. Awak ni siapa? Awak tinggal kat sini ke? Apa benda ni? Tak ada akidah punya soalan.

“Ni bukan budak tak boleh jawab, pegawai bank pun tak tau nak jawab.

“Apa kepentingan topik ni buat budak darjah tiga? Tolong penggubal silibus ni senaraikan lima kelebihan budak sembilan tahun belajar topik ni,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau pasti soalan demikian juga sukar untuk dijawab oleh penggubal silibus itu sendiri.

“Ni kalau aku soal penggubal silibus berapa Kyat untuk RM1 pun pasti dia tak boleh jawab, melainkan dia Google dahulu.

“Entah bila la silibus baru nak ganti ni. Melampau sangat silibus yang budak duk belajar sekarang ni.

“Aku nak skip ja muka surat ni. Ni kalau ada PPD ke, JPN ke, nazir ke, orang BPK ke datang tanya kenapa skip, aku suruh dia mengajar topik ni,” selarnya.

Mohd Fadli menerusi ruangan komen menjelaskan buku tersebut dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Buku ini adalah buku aktiviti yang KPM bekalkan. Bukan buku latihan pihak luar yang buat. Memang KPM yang buat selari dengan buku teks.

Author

Pilihan Editor