HomeGlobalTangisan selamatkan bayi baru lahir ditanam hidup-hidup

Tangisan selamatkan bayi baru lahir ditanam hidup-hidup

SEORANG bayi yang baru lahir diselamatkan daripada mati ditanam hidup-hidup selepas seorang lelaki ternampak tangan kecil terkeluar dari tanah.

Rajesh Kumar pulang dari kerja apabila dia mendengar tangisan dari dalam tanah, membawa dia dan isterinya, Neelam menemui bayi lelaki yang baru lahir yang ditanam hidup-hidup.

Penemuan yang menyayat hati itu mendorong Rajesh dan Neelam menggali tanah dengan pantas untuk menyelamatkan bayi itu, yang akhirnya dapat diselamatkan daripada ditanam hidup-hidup di Kampung Pulandar, India.

Dalam kejadian 8 September itu,  Rajesh, seorang petani, dan isterinya, Neelam mendapati plasenta dan tali pusat masih melekat pada bayi, dan mereka menggali dengan berhati-hati untuk menyelamatkan bayi malang itu.

Polis dipanggil ke lokasi penemuan dan terus membawa bayi itu ke hospital berdekatan, dengan pakar perubatan mengatakan bayi itu mengalami kesukaran bernafas.

Dalam peristiwa ajaib itu, bayi berkenaan berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan sihat setelah doktor bekerja keras untuk memulihkan kembali kesihatan bayi itu ketika polis mencari ibu bapanya.

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak mengesahkan mereka akan menjaga bayi itu sehingga polis menyelesaikan siasatan mereka terhadap kes itu.

Rajesh dan Neelam, yang mempunyai dua anak perempuan, mengesahkan mereka berminat untuk mengambil bayi lelaki itu sebagai anak angkat. – Daily Star

Author

Pilihan Editor