HomeGlobalTembok masjid roboh, budak meninggal dunia saat berwuduk

Tembok masjid roboh, budak meninggal dunia saat berwuduk

AJAL maut itu di tangan Tuhan dan tiada siapa yang ketahui di waktu manakah seseorang itu bakal menghembuskan nafas terakhirnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak meninggal dunia sebaik sahaja selesai mengambil wuduk di Masjid Raya Lubuk Minturun yang terletak di Koto Tangah, Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Menerusi rakaman video di X @kumparan, mangsa dikenali Gian Septiawan Ardani, 8, maut ditimpa dinding yang roboh akibat hentakan kuat daripada sebiji motosikal yang melanggar dinding berkenaan.

Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang Unit Trafik Polis Padang, Iptu Arisman berkata, mangsa korban mengalami cedera teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, dinding berkenaan roboh susulan aksi seorang pelajar yang menunggang motosikal yang hilang kawalan kerana membuat ‘free style’ pada ketika itu.

Susulan itu, beliau memaklumkan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Djamil Padang.

Author

Pilihan Editor