HomeTeknologiTesla Shop Malaysia kini dibuka - Siap tawar 'Free Shipping'

Tesla Shop Malaysia kini dibuka – Siap tawar ‘Free Shipping’

 

CYBERJAYA: Tesla Shop kini memasuki pasaran Malaysia menerusi laman web lengkap berserta tanda harga dalam Ringgit Malayia.

Perkara itu dimaklumkan pempengaruh teknologi, Fazli Halim menerusi hantaran di X.

Untuk pengetahuan, Tesla Shop adalah sebuah kedai dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis aksesori berjenama Tesla, termasuklah kelengkapan kereta, aksesori komputer serta pakaian harian.

Antara produk yang ditawarkan adalah seperti Desktop Supercharger, penutup atap pelindung matahari dan pemacu USB 128GB yang dijual pada harga RM240.

Malah, penghantaran percuma turut diberikan bagi setiap pembelian menerusi laman web Tesla Shop.

Author

Pilihan Editor