HomeHiburanTiada lagi klon P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia

Tiada lagi klon P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia

CYBERJAYA: Penyanyi yang pernah tular memiliki wajah seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia, pada Jumaat.

Khabar duka itu disahkan oleh abangnya, Ruzaidi Misran menerusi hantaran di laman Facebook.

“Innalillahiwainnahirojiun… Menerima perkhabaran sedih bahawa adik disayangi, Fairuz Misran kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai berita pemergian penyanyi tersebut.

Baby Shima (kanan) pernah berduet bersama Allahyarham sebelum ini. -Foto: Instagram babyshimaofficial

Turut berkongsi kesedihan atas pemergian rakan seperjuangannya, penyanyi, Baby Shima berkata, Allahyarham banyak mengajarnya mengenai cara menyampaikan nyanyian menerusi lagu-lagu lama.

Baby Shima turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik dan ramah sepanjang perkenalan mereka.

“Kita juga nak duet lagi bila abang dah sampai KL (Kuala Lumpur) dan abang nak buatkan lagu untuk duet kita nanti.

“Tapi sekarang abang Fairuz pergi buat selamanya. Salam takziah buat keluarga abang Fairuz. Al-Fatihah,” tulisnya menerusi hantaran di laman Instagram.

Sebelum ini, Allahyarham pernah berduet bersama Baby Shima menerusi lagu Ikatan Asrama, manakala video yang dimuat naik di laman YouTube sejak 2020 itu mendapat tontonan lebih 21.5 juta setakat ini.

Author

Pilihan Editor