CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi sekumpulan pekerja kurier mencampak bungkusan parcel milik pelanggan sesama mereka.
Difahamkan, pekerja-pekerja tersebut sedang melakukan proses pengisihan mengikut bakul yang disediakan.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna @rezarazali secara berseloroh mengatakan bahawa terdapat acara sukaneka di kawasan tersebut.
“Ingatkan ada acara sukaneka. Baru nak join,” selorohnya.
https://twitter.com/rezarazali/status/1705389419921064317?t=ZfQX9PBbHyBN7R2nLivY8w&s=19
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net meluahkan rasa kesal dengan cara pengendalian yang digunakan oleh pekerja kurier.
“Aku baru jer maki semalam, hantar barang main campak dan macam pencuri. Ingat orang bayar barang pakai daun kot!” selar netizen.
“Dalam banyak balingan tu, kalau bertembung tengah tengah tu depa tauk ja ka mana mana,” komen netizen
“Ooo. Sebab ni la kadang parcel aku boleh lari pergi Seri Iskandar la, Bangi la, Puchong la,” luah warga net.