Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa SKMM akan mengesahkan kesahihan sesuatu laporan berita berdasarkan aduan yang diterima dari orang awam. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan acara media Malaysia Digital Expo (MDX 2023) di Hotel One World, Petaling Jaya. Beliau juga menegaskan kepentingan “kawal selia dalaman” bagi semua media berita, dan mengesahkan kesahihan sesuatu berita daripada pihak berkuasa sebelum diterbitkan.