HomeHiburan'Yang salah tetap salah' - Norman Hakim tampil mohon maaf, bakal selesai...

‘Yang salah tetap salah’ – Norman Hakim tampil mohon maaf, bakal selesai isu secara tertutup

PELAKON Norman Hakim tampil membuka mulut mengatakan isu tular yang menimpa anak perempuannya bersama Abby Abadi akan diselesaikan secara tertutup.

Norman dalam hantaran di Instagram memaklumkan dia mengambil iktibar atas ujian yang menimpa keluarganya baru-baru ini.

Norman turut berterima kasih kepada netizen yang mengambil berat terhadap isu terbabit.

“Terima kasih kepada yang concern atas ujian buat keluarga saya baru-baru ini. 

“Insha-Allah ‘gerak hati’ dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku,” tulisnya.

Dalam pada itu, Norman memberitahu dia turut membaca segala cacian dan makian yang dilemparkan netizen terhadapnya selepas isu anaknya itu mula tular.

Pelakon Gerak Khas itu tampil memohon maaf bagi pihak keluarganya sekiranya ada menyinggung mana-mana pihak.

Comments yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami.

“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. 

“Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya,” luahnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial berkenaan Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga seorang individu bernama Umisya sehingga membawa kepada perceraian.

BERITA BERKAITAN:

‘Saya mengaku silap, tapi ada dakwaan tak benar’ – Marissa Dania

‘Check in hotel’ – Wanita dakwa anak Abby Abadi sondol suami orang hingga bercerai

 

Author

Pilihan Editor