HomeGaya Hidup5 tips cegah nasi goreng beracun!

5 tips cegah nasi goreng beracun!

TIDAK dapat dinafikan bahawa nasi adalah makanan ruji di Malaysia.

Namun, tahukah anda bahawa nasi juga berpotensi menjadi makanan beracun khususnya apabila ia digoreng sekali gus memudaratkan manusia.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), nasi goreng adalah antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.

“Sebenarnya, semua nasi belum dimasak ada spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.

“Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.

“Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya tidak. Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Cegah nasi goreng beracun!” kongsi PHM menerusi hantaran di X.

Justeru, PHM turut berkongsi lima tips bagi keselamatan orang ramai dalam menikmati hidangan ruji itu.

Berikut merupakan 5 langkah pencegahan nasi goreng beracun:

  1. Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
  2. Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
  3. Elakkan menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari
  4. Jika panaskan, pastikan sehingga ada keluar wap
  5. Elakkan memanaskan nasi lebih dari 1 kali

Author

Pilihan Editor