MUSIM hujan yang melanda kini pasti membuatkan sebilangan daripada mudah jatuh sakit.
Tidak kira mengalami selsema atau demam panas, pasti ia membuatkan diri tidak selesa.
Umum mengetahui makanan berupaya membantu manusia mendapatkan tubuh lebih sihat.
Terdapat tujuh jenis makanan yang sesuai diambil dalam kehidupan seharian anda iaitu:
1. Bawang putih
Bahan ini mengandungi allicin yang menentang jangkitan dan bakteria.
Berdasarkan satu penyelidikan di Britain, 146 orang diberikan sama ada plasebo atau ektrak bawang putih selama 12 minggu. Mereka yang mengambil ekstrak bawang putih didapati kurang dijangkiti selesema.
2.Yogurt
Probiotik atau bakteria sihat dalam kandungan yogurt berfungsi untuk memastikan saluran perut dan usus anda bebas daripada kuman penyebab penyakit.
Kajian daripada Universiti Vienna mendapati tujuh auns yogurt setiap hari berkesan untuk meningkatkan ketahanan tubuh.
3. Oat dan barli
Bijirin ini mengandungi beta-glukan, iaitu sejenis serat dengan keupayaan antimikrob dan antioksidan yang tinggi bagi membantu meningkatkan sistem imun tubuh juga mempercepatkan penyembuhan. selain membantu antibiotik berfungsi dengan lebih baik.
4. Ikan dan hasil lautan bercengkerang
Selenium banyak didapati dalam hasil lautan bercangkerang termasuk tiram, udang kara dan ketam.
Selenium membantu penghasilan cytokine. iaitu sejenis protein yang membantu menyingkirkan kuman selesema dari tubuh.
Ikan seperti salmon pula kaya dengan Omega-3 yang mengurangkan radang, meningkatkan pengaliran udara dan melindungi paru-paru daripada selesema dan jangkitan saluran pernafasan.
5. Sup ayam
Kuah sup ini bukan saja mengurangkan mukus (sama seperti fungsi ubat batuk), malah ia tentunya lazat jika ditambah bahan lain seperti bawang putih dan bawang merah yang memang baik untuk kesihatan.
6. Teh
Mereka yang minum lima cawan teh hitam sehari selama dua minggu didapati 10 kali ganda lebih kuat untuk menentang jangkitan kuman dalam darah/
Menurut kajian Harvard, asid amino yang bertanggungjawab untuk meningkatkan sistem imun ini dikenali sebagai L-theanine, memang tinggi kandungannya dalam teh hitam juga teh hijau.
7. Daging lembu
Kekurangan zink salah satu masalah biasa terutama mereka yang hanya makan sayur-sayuran sedangkan kekurangan zink walaupun pada kadar yang sedikit boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Zink penting dalam diet seharian untuk perkembangan sel darah merah yang boleh mengenal pasti dan menyingkirkan bakteria, kuman dan pelbagai unsur tidak baik.
Sumber: Berita Harian