CYBERJAYA: Video seorang remaja lelaki menceroboh kawasan kubur dan mengambil gambar dengan gaya yang tidak sopan mengundang rasa kurang senang netizen.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna aplikasi X @Wentour mendakwa individu terbabit telah melanggar kesalahan menyentuh sensitiviti 3R (race, religion, royalty).
Menurut pengadu, pada 26 September lalu, video TikTok @Always Razeeq tular di media sosial memaparkan kandungan gambar yang berlatar belakangkan kawasan perkuburan dengan gaya tidak senonoh.
Video tersebut menerima kecaman netizen sehingga ada yang menyuruh Razeeq menurunkan kandungan itu namun, dia tidak mengendahkannya.
“Banyak orang cuba tegur and when I call him out, he get me banned on TikTok. Thinking he would get away with it.
“But I will not be silent as my religion is being disrespected. Christianity is not an aesthetic,” tegas pengadu.
Pengadu memahami minat Razeeq terhadap muzik metal namun, adalah tidak wajar untuk bergambar bersama batu nisan dengan gaya tidak senonoh.
“Faham minat. But if you own an IC, act like you own it even you claimed to be not religious.
“Negara ni ada undang-undang. Follow the rules, be respectful,” jelas pengadu.
Sehubungan itu, pengadu memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk masuk campur berkaitan hal terbabit.
Malah, netizen turut menyarankan pengadu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menyelar sikap Razeeq yang dikatakan ‘terpaling’ metal.
“Acah black metal, budak Mayhem tengok pun garu kepala je aku rasa,” komen netizen.
“Terpaling metal dalam dunia konon bergambar di kuburan kristian. Alalala bocah! Orang lain pun layan metal juga tapi tedalah otak hilang terus,” tegur netizen
“Muka macam budak selalu kena buli tapi dia buat comeback jadi black metal,” selar netizen.
Tinjauan MEDIA VARIASI mendapati akaun TikTok milik Razeeq telah hilang kemungkinan dinyahaktif atau telah dikeluarkan oleh TikTok.