CYBERJAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di tiga negeri mulai esok hingga 5 Oktober 2023.
Tiga negeri itu merangkumi kawasan Utara Semenanjung iaitu negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Susulan itu, orang ramai disarankan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi Jabatan Meteorologi di aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.