HomeBeritaViral'Belum kahwin dah naik tangan', wanita nekad balas tamparan teman lelaki

‘Belum kahwin dah naik tangan’, wanita nekad balas tamparan teman lelaki

SETIAP pasangan bercinta atau berkahwin pasti akan mengalami situasi pasang surut, yakni ada masa bahagia dan ada ketika bermasam muka apabila tidak sependapat.

Selain itu, pertelingkahan yang terjadi memerlukan perbincangan secara baik dan adil tanpa hanya menyalahkan sebelah pihak.

Jika tidak, hubungan yang dibina akan sia-sia sehingga menyebabkan penceraian dan pergaduhan.

Baru-baru ini, sepasang kekasih melakukan pertengkaran sehingga memaksa kedua-keduanya menaikkan tangan terhadap satu sama lain.

Menerusi video tular, si lelaki berbaju merah pada mulanya menampar pipi dan menolak kepala teman wanitanya ketika mereka sedang bertengkar di sebuah tempat letak kereta.

Tidak hanya berdiam diri, wanita itu kemudian nekad menampar semula, menarik rambut dan memukul lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian memasuki kenderaannya sebelum wanita tersebut melakukan perkara sama.

Difahamkan, video itu dirakam oleh rakan-rakan wanita tersebut yang berada di tempat duduk penumpang.

Situasi tersebut menyebabkan rakan-rakannya mengecam lelaki berkenaan dan menyifatkannya sebagai dayus.

Menerusi kapsyen pada video itu, wanita yang kesal dirinya dipukul itu mengakui bersyukur apabila membatalkan niat untuk berkahwin dengan teman lelakinya.

“Masa ni nampak je okay, tapi hati ni Tuhan je tahu.

“Retak betul hati masa dia lalu (berlalu pergi). Tergamak buat macam ini ye Muiz? Aku demam-demam pun sanggup keluar sebab dia nak jumpa. End up kena pukul.

“Terima kasih kerana dah buat aku makin benci dengan kau. Nak menangis pun dah tak ada air mata untuk kau. Tuhan je tahu apa aku rasa,” tulisnya.

Pada masa sama, pergaduhan itu dipercayai berpunca apabila wanita tersebut enggan memadam sebuah video tular yang memaparkan teman lelakinya.

Masa dan lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan, namun ia tular di media sosial sejak Isnin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut, yang dilihat hanya berani menaikkan tangan ke atas kaum wanita.

Tulis @Phajirah: “Semoga lelaki jenis panas baran pupus terus dari dunia ini.”

Tambah @aaaysfe: “Tarik rambut lelaki itu sampai botak. Geram aku.”

Kecam @putmariegomez: “Puas hati tengok perempuan tu lawan balik.”

@UnnaDelana berkata: “Bersyukur tau kalau awal-awal Tuhan dah bagi hint. Tunjuk segala red flag yang ada. Run bestie sebelum kahwin.”

Ujar @iza_hatta:” Memang baguslah putus sebelum kahwin. Kalau tak lagi sakit makan hati. Sabar okay. You deserve a good guy better than M*****K.”

 

 

Author

Pilihan Editor