HomeBeritaViral'Dilanggar dua kali!'- Budak tercampak keluar dari kereta di Kota Bharu undang...

‘Dilanggar dua kali!’- Budak tercampak keluar dari kereta di Kota Bharu undang perhatian netizen

AKIBAT kecuaian penjaga tidak mengunci pintu kereta, seorang kanak-kanak perempuan tercampak keluar dari sebuah kereta ketika kenderaan itu sedang membuat pusingan U.

Insiden yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan, semalam itu tercetus susulan kelalaian penjaga yang tidak mengunci pintu di bahagian penumpang belakang sehingga mengakibatkan kanak-kanak malang itu terpelanting ke tengah jalan.

Lebih parah, video yang dikongsi oleh pengguna TikTok memaparkan si kecil itu kemudiannya dilanggar oleh dua buah kenderaan yang berada di belakang keretanya kemungkinan tidak perasan akan kejadian terbabit.

Menyedari kejadian itu, kelihatan beberapa orang awam terus meluru ke arah budak itu untuk menyelamatkannya.

Namun begitu, selepas dirempuh, budak perempuan itu terus berlari ke aras seorang penunggang motosikal yang turut berada di tempat kejadian.

https://www.tiktok.com/@anisfarihah19/video/7290945211440712968?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7272230402668185096

 

Dalam pada itu, kereta terbabit bertindak berhenti di tepi jalan raya selepas menyedari bahawa si kecil itu tercampak keluar dari kenderaannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap insiden berkenaan.

“Kena tepuh kereta merah tu… terpelanting adik tu… lagi sebak tengok dia berjalan ke arah motor tu minta bantuan,” luah netizen

“Dua kali dia kena langgar tapi dia gagahkan diri cepat-cepat bangun… Mak bapak tolong lah alert keselamatan anak-anak… Jangan terlalu ambil mudah,” komen netizen.

“Sebab tu saya set child lock siap-siap. sometimes parents dah lock pintu tapi budak-budak pandai buka pintu. Anak saya 2 years dah pandai buka pintu dia tengok parents buka,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor