HomeGaya HidupDoktor dedah manfaat minum air pangsa selepas makan durian

Doktor dedah manfaat minum air pangsa selepas makan durian

BUAT peminat durian, adakah anda minum air pangsa durian selepas menikmati raja buah tersebut?

Jika ya, adakah anda beranggapan bahawa air pangsa yang diminum itu sememangnya petua berkhasiat atau ia sekadar mitos semata?

Untuk menjawab persoalan di atas, bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI, Dr Suri Roowi tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, rata-rata daripada kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

“Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.

“Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

“Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian,” kongsinya di Facebook rasminya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan sebaiknya pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

“Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor