HomeBeritaViralGuna sisa tepung buat roti demi alas perut, ‘mental’ rakyat Palestin kuat!...

Guna sisa tepung buat roti demi alas perut, ‘mental’ rakyat Palestin kuat! – Netizen

CYBERJAYA: Meskipun berdepan konflik yang tidak berkesudahan, penduduk di Palestin tampak masih kuat tersenyum menjalani hari-hari mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi X memaparkan seorang lelaki di Palestin menzahirkan kesyukurannya kerana dapat menjamah sekeping roti bagi mengalas perut.

Video yang dimuat naik semula oleh @byzulfadhlizin itu nyata memperlihatkan kekuatan mental yang dimiliki rakyat Palestin amat jitu dan kental meskipun rata-rata kawasan kediaman mereka telah dibom zionis Israel.

“Disebabkan kami tidak mempunyai gas untuk memasak, kami telah mengumpul cebisan kotak untuk menyalakan api menggunakan dapur yang dibuat sendiri.

“Dengan api tersebut, kami akan gunakan saki-baki tepung yang tinggal untuk membuat roti.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hari ini kami boleh makan,” kata lelaki Palestin dalam video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan kecekalan dan semangat yang dipamerkan rakyat Palestin itu.

“Tahap bersyukur mereka, keimanan mereka… kalau kita, salah sikit, mulalh mengomel macam2 sedangkn kita dapat tidur dgn selesa, dpt ke sana ke sini dengan selesa tanpa risau apa2,” tulis netizen.

“Malunya aku sbg org Islam,” luah seorang lagi netizen.

“Kuatnya diaorg masih boleh senyum dengan macam2 dugaan yg diaorg hadapi,” kata seorang pengguna aplikasi X.

Author

Pilihan Editor