PERGERAKAN Perjuangan Islam Palestin (Hamas) akan menghukum mati seorang tebusan Israel bagi setiap serangan ke atas rumah orang awam di Semenanjung Gaza yang dilakukan tanpa amaran.
Jurucakap kumpulan, Abu Obeida berkata, kumpulan itu akan menyiarkan rakaman hukuman mati itu.
Dia berkata, Israel melakukan serangan ke atas kawasan awam, memusnahkan rumah.
“Kami telah memutuskan untuk menamatkan perkara ini dan, setakat ini, kami mengisytiharkan bahawa sebarang penyasaran orang kami di rumah mereka tanpa amaran terlebih dahulu, kami dengan rasa kesal akan menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang tebusan orang awam yang kami tahan,” katanya.
Israel telah menubuhkan pusat arahan mengenai isu tebusan dan berkata ia mempunyai maklumat mengenai “setiap orang” yang dipercayai ditahan di Gaza. – The National