Hampir 1,500 peserta berarak dari Jalan Tun Razak menuju ke Kedutaan AS di Kuala Lumpur tengah hari tadi, bagi menunjukkan solidariti mereka bersama rakyat Palestin yang kini bergelut dengan peperangan Israel atas pencerobohan terhadap Gaza.
Perhimpunan yang bermula sekitar pukul 2 petang selepas solat Jumaat di menara Tabung Haji itu nyata disertai ramai tokoh berpengaruh termasuk ahli politik dan pemimpin NGO.
Antara yang kelihatan hadir bersolidariti adalah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara sesama Islam di bumi Palestin!