SUNGAI BULOH: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit di dalam lubang tandas dekat Kampung Baru, di sini pada petang Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelasnya, anggota bomba bertindak memecahkan mangkuk tandas sebelum menyelamatkan kanak-kanak tersebut.