HomeBeritaKaki murid darjah 1 tersepit pada bangku besi di Bangi

Kaki murid darjah 1 tersepit pada bangku besi di Bangi

BANGI: Seorang murid perempuan berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada bangku besi di sebuah sekolah rendah dekat Bandar Baru Bangi, di sini pada petang Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.08 petang.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kejadian melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa telah dilakukan dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan berlaku.

Author

Pilihan Editor