HomeBeritaViralKalau 'sales' cantik jangan heboh, penyakit ain wujud...- Wanita kongsi detik perniagaan...

Kalau ‘sales’ cantik jangan heboh, penyakit ain wujud…- Wanita kongsi detik perniagaan jatuh gara-gara…

ADAT berniaga, pasti ada waktu usaha yang dibangunkan itu mendatangkan hasil dan adakalanya tersungkur di bawah.

Itulah yang dialami para peniaga tidak kira jenis jualan produk yang dijual pasti merasa pahit manis dalam dunia perniagaan.

Bagaimanapun, masih wujud sebilangan manusia yang berhasad dengki dengan perniagaan seseorang.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang peniaga dikenali Eja Razak berkongsi pengalamannya berniaga nasi lemak.

Menurut Eja, dia pernah merasai pengalaman bermakna apabila sebanyak 450 bungkus nasi lemak habis dijualnya dalam tempoh satu jam.

Namun, semua  itu tidak bertahan lama apabila seminggu selepas itu, perniagaannya semakin merundum.

“Sebelum ini nasi lemak saya viral, 450 bungkus habis dalam sejam. Saya pun up status jualan habis berapa untuk marketing sebenarnya bukan riak.

“Dalam seminggu, sales saya drop, sikit-sikit customer hilang, jatuh sakit demam sendi sakit-sakit sampai tutup gerai beberapa hari.

“Customer hilang walhal feedback customer punyalah baik sampai orang jauh sanggup datang try.. pengalaman berniaga sendiri,” kongsinya.

Susulan daripada kejadian itu, Eja menasihati para peniaga supaya tidak memuat naik hasil jualan di media sosial memandangkan wujud penyakit ain (hasad dengki) dalam sesebuah komuniti itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net yang juga pernah mengalami situasi sedemikian turut berkongsi pengalaman mereka.

“Hakikat yg kena terima..saya pun alami..ada yg datang ckp lama saya cuti,,xperasan saya bukak sampai kena pusing 2 3x baru perasan saya bukak gerai,datang cari menu org lain kt gerai saya,syiling 5 sen bersepah,” tulis seorang peniaga.

“Takde medsos pn kna..mil pnh kna berbelas tahun yg dulu..sblm dia sewa kdai dia niaga tpi jln je..bila da ada modL sewa kdi..tp bertahan 2mggu je..setiap kli nk niaga asyk sakit je..skit xblh jalan..mula2 mil,pstu fil pn kna..last2 tutup je kdai..entahla,xpcaya rezeki Allah agaknya ya,” komen seorang lagi netizen.

“Betul tu saya tgh alami.. kita update apa yg kita buat dan update barang yang terjual untuk marketing dan dapatkan kepercayaan cust baru.. tapi akhirnya cust baru x dapat penyakit berpanjangan yg dapat. Sekarang bila saya nak menjahit je akan datang sakit kepala dan sakit2 badan.. bila saya x menjahit keadaan saya normal,” kongsi seorang lagi warga net.

Author

Pilihan Editor