HomeHiburan'Kepom tak mengandung' - Elly Mazlein perjelas isu tarik diri bukan gimik

‘Kepom tak mengandung’ – Elly Mazlein perjelas isu tarik diri bukan gimik

CYBERJAYA: Pengacara, Elly Mazlein tampil memberi penjelasan berhubung pengunduran dirinya sebagai hos rancangan All Stars Gegar Vaganza.

Menurutnya, keputusan itu bukanlah gimik seperti yang disangkakan dan ia dibuat atas kehendak sendiri.

“Ini semua bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.

“Inilah kenyataan dimana Kepom sudah pun tinggalkan GV buat selama-lamanya. Ya… tiada lagi… cukup.

“Ini semua keputusan dari Kepom sendiri. Teruskan menyokong kesayangan Kepom yang sedang bertanding dalam GV10 ini ya.

“Untuk bintang-bintang GV10, Kepom akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” kongsinya di Instastory.

Terdahulu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad dalam kenyataan mengumumkan pengunduran diri pengacara itu dari rancangan tersebut.

Raqim turut memberitahu keputusan Elly adalah atas faktor peribadi dan mendapat persetujuan bersama antara dia dan Astro.

Dalam pada itu, Elly turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia berbadan dua.

“Kepom tak mengandung, kepom dan suami baik-baik sahaja, Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Author

Pilihan Editor